Sunday, April 20, 2008

Kursus Fotografi Digital di Dianty Photo

Dianty Photo akan mengadakan kursus fotografi digital kali kedua. Melalui pengalaman yang pertama kami telah membuktikan keberkesanan kesan dari kursus yang lepas melalui 12 orang peserta kami dari berbagai jabatan.

Melalui pengalaman itu Dianty Photo bersama kumpulan tenaga pengajar mahir membuka peluang kepada jurugambar-jurugambar untuk menerokai bidang fotografi Digital SLR secara berkesan.

Modul yang bersesuaian khas untuk jurugambar-jurugambar yang masih dalam pencarian teknik, tip dan kenal faham elemen sebuah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflect) kami adalah tempat yang untuk anda cari.


--------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 16 hb. Jun –19 hb. Jun 2008
4 hari 2 malam { 8.30 pagi – 10.00 malam }

Tempat: Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang.

--------------------------------------------------------------------------------------


Peralatan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

  1. Kamera Digital DSLR
  2. Komputer Riba
  3. Pakaian dan keperluan peribadi

  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
  • Pengangkutan sendiri.
  • Belajar teknik, elemen, memahami kamera DSLR serta tip-tip mengenai fotografi digital.
  • Penginapan dan makanan disediakan (6 kali makan).
  • Tempat adalah terhad.

* Kursus ini menggunakan perisian Adobe Photoshop sejajar dengan keperluan Fotografi masa kini. Pelajaran akan diajar dalam Bahasa Malaysia. Nota-nota disediakan untuk rujukan.

Bayaran
Bayaran bagi menyertai kursus ini adalah sebanyak RM1,800.00
Bayaran melalui local order hendaklah dibawa semasa pendaftaran atau sebelum tarikh kursus dijalankan. Bayaran boleh dibuat melalui wang pos, cek, bank draf, tunai dan local order(L/O) atas nama Dianty Photo.

Anda boleh terus menghubungi di alamat berikut:

Dianty Photo
Lot 1.06, Tingkat Bawah
Bangunan MARA
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.

Telefon/Fax No.: 03-2698 8205
E-mel: diantyphotoros@yahoo.com
H/P No.: 019 325 3633 (Pn. Rosdiana Radzi) or 012 972 1478 (En. Burhan Abdul Wahab)

--------------------------------------------------------------------------------------
Nota: Peserta yang ingin mengikuti kursus ini hendaklah memulangkan borang selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh kursus dijalankan bagi memastikan penyertaan tuan/puan tidak tercicir.

No comments: